9 Mar 2011

Syiah Dibebaskan Beraktivitas di Malaysia, Tapi Dengan Syarat

ImageMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir Baharom, melaporkan, pengikut ajaran Syiah di Malaysia dilarang menyebarluaskan ajarannya kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tapi bebas untuk terus mengamalkannya. Demikian dilaporkan Kantor Berita Bernama, hari ini (Rabu, 9/3)


Jamil Khir Baharom mengatakan, "Para pengikut dibenarkan berbuat demikian selaras dengan ketetapan Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini."


"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta-akta (baca;undang-undang) yang telah diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.


Ismail dalam pertanyaannya ingin tahu apakah Syiah merupakan satu ajaran baru atau mazhab baru. Ia juga ingin tahu apakah tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.


Jamil Khir mengatakan, "Walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini."


"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.


Menjawab pertanyaan Ismail, Jamil Khir mengatakan kerajaan terus berupaya mencegah fahaman Syiah yang terus berkembang di negara ini.


Kebijakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir Baharom termasuk menyebarluaskan fatwa-fatwa tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.


Selain itu, kerjasama antara lembaga-lembaga agama harus ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar ketetapan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah. (IRIB/Bernama/AR/NA)

Artikel Terkait

- Reviewer: Asih - ItemReviewed: Syiah Dibebaskan Beraktivitas di Malaysia, Tapi Dengan Syarat Deskripsi: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir Baharom, melaporkan, pengikut ajaran Syiah di Malaysia dilarang menyebarluaskan aja... Rating: 4.5
◄ Newer Post Older Post ►